Friday, July 29, 2011

apa aku suka sangat buat dalam kelas (panjang tak tajuk entry?)

kelas? okay, aku rasa aku makhluk paling pemalas dalam bab pergi kelas
asyik tertinggal bas aje kerja aku, bangun lambat, ponteng kelas, ops!
lepas tu, dah lah masuk kelas liat macam getah kojol bak kata mak aku.
dalam kelas pulak buat benda benda macam ni :
pantang break 5 minutes lecturer bagi, yang tudung pink tu aku laa tu, kerja nak tidooo je kalau dapat rehat 5 minutes. hehh. lepas tu kalau lecturer suruh buat kerja sendiri ke ape ke, ni lah aktiviti aku, senaman mulut.
macam makcik kepoh tak? haa, partner kat sebelah tu rajin sangat dengar cerita aku, sampai berkerut dahi dia. (sebenarnya dia lagi master dalam bercerita, terburai usus aku kalau dgr dia cakap)
lupa pulak nak cerita muka aku sebelum pergi kelas pagi :
cukup tak bermaya kan? dengar je lah cerita cik fariza tu haa, den memang benci kelas pagi. lagi lagi kelas dekat UiTM sekilau, mencikk! tapi ku gagahi jua!
tapi tak semua macam aku, ada jugak yang rajin dan bersemangat sangat, lagi lagi yang tudung putih tu,
budak dekan memang macam tu, dah la dekan, band 4 pulak, auuww, mak ketupat, u're awesome bebeh.
(harap dia tak hempuk kepala aku lepas baca ni), yang tudung hitam kecik molek tu fazreen, dia lah yang bertanggungjawab di atas semua pic candid tersebut. (grrrr)
tapi yang paling aku tak boleh nak lupakan bila pic gorgeous ni diambil :
gorgeous kan? cantik kan? aku bangga memiliki rupa seperti ini walaupun sedang bosan atau termenung, credit to fazreen :) (hatiku membara)
ni geng tidur jugak ni, bahagianya muka dia. :) ada lagi sorang.
haa, tidur atas buku, mesti ummi berharap ilmu dalam buku tersebut menyerap ke mindanya bila tidur :)
jangan marehh. theee~
siapa kata aku pemalas? tengok tu, khusyuk tau tengok skrin. 
(dak farah baca ni, ada kena terajang sat gi)
yang ni dekan lagi sorang, belajar je kerja dia. (tudung coklat, yang purple tu pun sama je)
bergegar bumi kalau aku mengamalkan sikap baca buku dalam kelas. pfft
okay, ni ketupat, kenapa panggil ketupat? sebab, hehehe, ada lahh..
yang freehair tu shynas, dia blupblup sikit. tehee. sorry shy, joking purpose.
tudung purple tu ketua, yang tudung kuning tu assistant kot, yang belakang anak anak ketupat.
raya dah dekat ni, jadi kami ambil lah gambar keluarga dulu :)
love you girls :)

p/s : i will miss them like hell.

4 comments:

  1. kerh kerh kerh !

    ReplyDelete
  2. pajen, tak payah nak anonymous sgtlahh, aku kenal je tagline kau. haha. :P

    ReplyDelete
  3. waaaa, top girl listed oleh ayeem ayam comment blog ni,..waaaa!!!! (seriau)

    ReplyDelete